fbpx

Pemilik restoran ‘Tiga Budak Gemok’ saman pelanggar hak cipta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat yang memiliki restoran yang terkenal dengan nama ‘Tiga Budak Gemok’ yang memfailkan saman ke atas seorang individu dan dua syarikat atas dakwaan pelanggaran hak cipta serta pendaftaran salah cap dagangan.

Tiga Budak Gemok Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates pada 26 Julai lalu dengan menamakan Mohd. Anil Ali Mohamad, Maam Baraka Venture Sdn. Bhd. dan Day Food Industry Sdn Bhd, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Tiga Budak Gemok dikendalikan oleh tiga pengarah yang juga adik beradik iaitu Natasha Helwa Ramlee, Muhammad Rafeel dan Natalia.

Berdasarkan dokumen plaintif mendakwa defendan pertama (Mohd. Anil Ali) yang juga bekas suami kepada Natasha telah membuka cawangan Tiga Budak Gemok yang ketiga di Bangi Square, Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun namun cawangan itu telah ditutup dan beliau (Mohd Anil Ali) membuka perniagaan di bawah jenama ‘3BG’ atau ‘3BG Ayam Kicap Sambal Power”.

Plaintif mendakwa defendan ketiga (Day Food Industry Sdn.Bhd.) terlibat bersama defendan pertama dan kedua (Maam Baraka Venture) di dalam perniagaan 3BG apabila “3BG Distribution Centre” telah berada dalam media sosial Facebook dan Instagram yang mempromosi perniagaan 3BG dan juga mengajak orang awam membuka perniagaan itu.

“Lanjutan daripada itu, cawangan 3BG semakin banyak dibuka di seluruh Malaysia dan giat mempromosikan perniagaan di media sosial. Lebih mengejutkan lagi, perniagaan 3BG meniagakan menu makanan yang sama dengan peniagaan Tiga Budak Gemok milik plaintif iaitu nasi putih ayam sambal kicap,” dakwa plaintif dalam pernyataan tuntutan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI