TOKYO – Penerjun negara, Pandelela Rinong berjaya melayakkan diri ke final 10 meter (m) platform wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada pukul 2 petang ini.
Ia selepas Pandelela muncul antara 12 penerjun terbaik selepas meraih tempat ketujuh dengan 315.75 markah keseluruhan daripada lima terjunan pada aksi separuh akhir di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.
Turut layak ke final ialah dua pilihan utama dari China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi selepas mereka berdua mengungguli separuh akhir dengan markah yang cukup tinggi iaitu 415.65 mata serta 407.75 mata.
Penerjun lain yang layak adalah penerjun Amerika Syarikat, Delaney Schnell; Gabriela Agundez Garcia, Alejandra Orozco Laza (Mexico); Melissa Wu (Australia); Iuliina Timoshinina (ROC); Andrea Spendolini Siriex, Lois Toulson (Great Britain); Celine van Duijn (Belanda) dan Elena Vassen (Jerman). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929