PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang yang bijaksana dan berpengalaman dalam pentadbiran negara serta amat arif dalam selok-belok menjaga hubungan dengan Istana.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Muhyiddin sebelum menjadi Perdana Menteri pernah memegang jawatan Menteri Besar, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
“Perdana Menteri juga mempunyai menteri berpengalaman dalam Kabinetnya. Tidak sedikit dalam kalangan anggota Kabinet yang mempunyai hubungan amat baik dengan Istana (Negara).
“Justeru pihak yang ingin mencuba melabel Perdana Menteri sebagai derhaka atau pura-pura memihak kepada Yang di-Pertuan Agong adalah sebenarnya ‘unjuk dan sembah setia’ yang tidak kena pada tempat.
“Ia suatu kepura-puraan politik dan ia tidak diminta oleh Istana. Ia kerana isu derhaka itu langsung tidak berbangkit sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929