fbpx

Majikan minta staf positif Covid-19 ambil Ivermectin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang lelaki di laman Twitter yang mendedahkan majikan di tempat kakaknya bekerja meminta pekerjanya mengambil ubat Ivermectin untuk pencegahan dan rawatan Covid-19.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa ada majikan ‘memaksa’ kakitangan yang disahkan positif Covid-19 mengambil ubat Ivermectin selain turut meminta mereka makan ubat tersebut di hadapannya.

Perkara itu didedahkan pemilik akaun Twitter bernama Shiqnovac yang mengatakan perkara tersebut berlaku kepada kakaknya baru-baru ini.

“Ingat tak kes kakak aku positif Covid-19 sebab kluster tempat kerja? Hari ini (semalam) bos dia suruh makan Ivermectin. Makan depan bos dia ya.

“7 Julai 2021 keluarga aku buat Covid-19 ujian calitan. Kakak dan dan adik lelaki positif selepas jadi kontak rapat. Aku salahkan syarikat tempat dia kerja sekarang. Kakak aku ibu tunggal. Abang ipar sudah meninggal dunia,” kongsinya di platform media sosial tersebut semalam.

Pemuda itu turut berkongsi tangkap layar mesej aplikasi WhtasApp yang menyatakan kakaknya tidak tahan bekerja di syarikat terbabit dengan majikannya turut memaksa pekerja datang bekerja walaupun tinggal di hostel yang sama dengan mereka yang telah dijangkiti Covid-19.

“Betul-betul gila. Orang takut datang kerja gegar sampai ke hostel (asrama). Paksa bekerja. Satu rumah lima, dua orang positif lagi tiga yang negatif disuruh masuk bekerja jika tidak gaji dipotong.

“Hendak tanya, sesiapa ada sumber kerja kosong tak untuk kakak aku? Dia tinggal di kawasan Puchong. Tempat kerja skrg kat USJ. Kakak aku lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman kerja. Sekarang dia kerja sebagai Pengawal Inventori. Terima kasih,” ciapnya.

Hantaran tersebut diulang kicau lebih 23,900 kali dengan kebanyakan netizen berdoa agar urusan mereka dipermudahkan selain ada yang berkongsi maklumat jawatan kosong untuk kakak lelaki berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI