fbpx

Lima khemah di PPV rosak dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan khemah di PPV Dewan Wawasan 2020 yang rosak akibat ribut pada pagi tadi.

KANGAR – Sebanyak lima buah khemah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020 di sini rosak akibat dipukul ribut kira-kira pukul 5.45 pagi tadi.

Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, angin kencang menyebabkan khemah yang digunakan sebagai ruang menunggu untuk orang ramai yang datang ke PPV terangkat lalu menimpa khemah lain.

Katanya, kerja-kerja membersihkan kawasan tersebut dilakukan seawal pukul 7.30 pagi tadi bagi mengelakkan proses vaksinasi terganggu.

“Khemah baharu telah dipasang Jabatan Kerja Raya (JKR) di sebelah kanan dewan buat sementara waktu.

“Operasi di PPV juga tidak terganggu dan orang ramai yang ada janji temu untuk mendapatkan vaksin pada hari ini datang beratur dari pukul 8 pagi,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI