fbpx

Kongsi gambar makan di kedai undang cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa pengguna Twitter yang berkongsi suasana makan di kedai dan restoran melibatkan negeri yang memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) semalam.

PETALING JAYA – Media sosial sejak semalam meriah dengan perkongsian gambar penduduk di tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menikmati juadah atau ‘dine-in’ di kedai makan dan restoran kegemaran mereka.

Perkara itu mengundang ‘cemburu’ kebanyakan pengguna media sosial yang menyatakan kerinduan untuk makan bersama rakan dan keluarga di luar dan berharap dapat berbuat demikian tidak lama lagi.

“Ini yang buat den (saya) dengki ini. Den duduk di Selangor. Alahai makan petai sajalah dalam rumah,” komen Riduwan Bahar.

“Terasa hendak mohon surat pergi Perlis sebab hendak dine-in. salam dari Selangor,” ujar En Eware Syah.

“Rindunya hendak makan di kedai juga. Jangan kawan dengan mereka,” gurau Jie Klang.

“Perlis Indera Kayangan. Memang kena dengan nama tersebut,” komen Azizi Tengkawang.

“Semoga negeri-negeri lain bakal menyusul nanti. Sebelum itu ambil dan tirulah bagaimana Perlis boleh mengawal rakyatnya,” ulas Fathiehalf Ismail.

Begitupun, ramai juga yang menasihati penduduk di negeri tersebut agar berhati-hati dan tidak terlalu ghairah untuk keluar rumah jika tiada urusan penting memandangkan peningkatan kes Covid-19 masih berada pada tahap yang membimbangkan.

“Jangan bangga sangat, Perlis kecil sahaja. Kalau sudah cecah berbelas yang positif itu tahap bahaya. Jadi berhati-hati. Jangan terlalu gembira,” kata Maya Mairah.

“Betul. Kami duduk di sini pun belum terasa hendak ‘dine-in’ kerana populasi penduduk setakat 220,000 sahaja, jadi berbelas-belas kes itu agak tinggi bagi kami,” sokong pemilik akaun bernama CR Y Na. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI