PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak ‘mengambil’ secara berlebihan masakan berasaskan kulit ayam terutamanya yang bergoreng kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, pengambilan makanan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mengidap penyakit jantung serta darah tinggi.
Selain itu, kulit ayam juga mempunyai kandungan lemak tepu serta kolestrol yang tinggi sekali gus dapat meningkatkan berat badan.
“Jangan makan berlebihan ya. Kulit ayam ini menakung kalori dan lemak tepu,” kata Public Health Malaysia pada hantarannya semalam.
Terdahulu, tular di laman sosial semalam menu terbaharu sebuah syarikat makanan segera yang sedang mempromosikan makanan berasaskan kulit ayam.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial itu, rata-rata pengguna tidak sabar untuk menikmati menu tersebut yang kini boleh didapati di semua cawangan restoran itu di seluruh negara.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929