fbpx

Felda Sungai Koyan 1 dan 2 dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Setelah Felda Sungai Koyan 3 dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 31 Julai lalu, kini giliran peneroka dua jirannya pula iaitu 1 dan 2 yang terletak dalam Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis, Pahang bermula Sabtu hingga 20 Ogos ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima lagi lokaliti di tiga buah negeri lain turut dikenakan PKPD iaitu di Kelantan melibatkan Kampung Morak, Mukim Kebakat, Jajahan Tumpat dan di Kedah membabitkan Taman Nilam (Zon Biru) Mukim Kuah, Daerah Langkawi.

“Di Sabah pula meliputi perumahan kilang sawit Veetar di Daerah Tongod, Bahagian Sandakan serta Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Bahagian Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, tambah beliau, tiga lokaliti dalam Mukim Sura, Daerah Terengganu dilanjutkan lagi PKPD sehingga 16 Ogos ini melibatkan Rumah Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam selain Kompleks Penjara Bentong; kuarters di Gugusan Mempaga, Daerah Bentong, Pahang serta Kampung Joh dan Kampung Maka, Jajahan Machang, Kelantan sehingga 20 Ogos.

Bagaimanapun, katanya, 22 lokaliti lagi ditamatkan PKPD di tiga negeri secara serentak esok seperti dijadualkan antaranya di Kampung Dewan Besar Labok, Machang, Kelantan.

Katanya, di Pahang, ia melibatkan 14 lokaliti Daerah Temerloh iaitu Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning, Flat Sri Kemuning, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah.

“Di Sabah, ia membabitkan Kampung Pukak, Mukim Tengah dan Projek Perumahan Rakyat Gayang Ria, Mukim Berungis, Daerah Tuaran; Kampung Gumandang, Daerah Kudat; Kampung Lumatai Ulu, Daerah Beaufort serta Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole, Daerah Sipitang,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI