fbpx

Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis heroin yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Selasa lalu.

ALOR SETAR – Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Kampung Tengah dan Jalan Sungai Korok di sini pada Selasa lalu.

Mereka ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam dua serbuan berasingan pada pukul 11.30 pagi dan 12 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin berkata, suspek berusia 32 tahun ditahan dalam serbuan pertama di Kampung Tengah.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui satu plastik hitam mengandungi dua plastik berwarna hijau.

“Setiap plastik tersebut berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin yang masing-masing dianggarkan seberat 455 gram dan 456 gram dianggarkan bernilai RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya menyerbu rumah dua tingkat di Jalan Sungai Korok dan menahan suspek berusia 27 tahun kira-kira setengah jam kemudian.

“Pemeriksaan menemui satu uncang hitam mengandungi 10 peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 11.50 gram bernilai RM800,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI