fbpx

Crouser pecah rekod Olimpik, raih emas acara lontar peluru lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CROUSER sekali lagi meraih emas di Tokyo selepas memenanginya di Rio lima tahun lalu. - AFP

ATLET lontar peluru Amerika Syarikat, Ryan Crouser berjaya memecahkan rekod Olimpik untuk mempertahankan emas dimenanginya dalam acara lontar peluru lelaki hari ini.

Crouser melakukan lontaran sejauh 23.30 meter untuk memperbaharui rekod Olimpik 22.52m yang dilakukannya di Sukan Olimpik Rio lima tahun lalu.

Setelah memperoleh kemenangan tersebut, Crouser meraikannya dengan mengenakan topi koboi sambil memegang kertas yang tertulis, ‘Atuk, kita berjaya lakukannya. Juara Olimpik 2020’.

Rakan senegaranya, yang juga juara dunia, Joe Kovac meraih pingat perak apabila melakukan balingan sejauh 22.65m

Sementara itu, atlet New Zealand, Tomas Walsh membawa pulang pingat gangsa apabila mencatat balingan sejauh 22.47m – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI