fbpx

Ahmad Faizal dilantik Penasihat Khas PM bertaraf Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.

Pengesahan itu dibuat dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Ahmad Faizal akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.

Ahmad Faizal adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Terdahulu, satu poster ucapan tahniah atas pelantikan itu yang dikeluarkan oleh Bersatu Bahagian Kota Bharu tular di media sosial. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI