PASIR MAS – Sebanyak 95 buah rumah di beberapa buah kampung di sini mengalami kerosakan selepas dipukul ribut dan hujan air batu petang semalam.
Kejadian pada pukul 5 petang itu menyebabkan bumbung rumah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti diterbangkan angin.
Seorang penduduk di Kampung Gajah Mati, Rohaya Ismail, 45 memberitahu, kejadian ribu kuat itu menyebabkan pohok ceri di hadapan rumah yang berusia lima tahun tumbang.
Katanya, dia bersyukur apabila pokok tersebut tidak menghempap bumbung rumah sekali gus menyelamatkan nyawa dia dan ahli keluarga lain dalam kejadian itu.
“Ketika kejadian saya dan suami serta tiga anak berada di dalam rumah. Ketika kejadian kami dikejutkan dengan bunyi angin kuat serta hujan lebat sebelum pokok ceri itu tumbang,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya sudah menerima 95 laporan rumah rosak dipukul ribut dan jumlah itu dijangka bertambah kerana proses mengumpul maklumat sedang dijalankan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929