fbpx

37,000 PKS dapat pembiayaan lebih RM15 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih daripada 37,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah mendapat pembiayaan melebihi RM15 bi­lion daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Dana BNM untuk PKS sepanjang tempoh pandemik.

Penolong Gabenor BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, ia merupakan kemudahan pembiayaan tambahan yang disediakan untuk membantu dan ­menyokong pemulihan PKS.

“Baru-baru ini, BNM telah menambah lagi peruntukan di bawah dana ini sebanyak RM2 bilion.
“Ia meningkatkan jumlah dana yang tersedia pada akhir bulan Jun kepada RM8.6 bilion,” kata­nya.

Beliau berkata dalam ucapan sempena Kempen Kesedaran Kewangan Sarawak yang berlangsung secara maya kelmarin.

Kempen tersebut, yang berlangsung selama tiga bulan bermula 3 Ogos hingga hujung Oktober itu bertujuan meningkatkan kesedaran kewangan secara ­menyeluruh, khususnya buat rakyat Sarawak dengan memfokuskan kepada agenda perlin­dungan, pendidikan pengguna dan rangkuman kewangan.

Setiap bulan memiliki tema­ yang tersendiri, iaitu pada bulan Ogos 2021, ia membawa tema ‘Hak dan Tanggungjawab Pengguna Kewangan’, September bertemakan ‘Urus Kewangan Anda Dengan Bijak’, manakala Oktober pula bertemakan ‘Jenayah Kewangan’.

Menurut Abu Hassan, dalam menyediakan bantuan kepada rakyat terkesan akibat pandemik, bank pusat dengan kerjasama industri perbankan telah menambah baik Bantuan Bayaran Balik Pinjaman dengan peminjam individu dan perusahaan mikro serta PKS boleh memohon moratorium selama enam bulan.

Tambahnya, bantuan alternatif yang lebih sesuai dengan keperluan dan kedudukan kewangan peminjam turut disediakan oleh institusi perbankan dan juga Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit di bawah Program Pengurusan Kredit.

“BNM juga mempunyai mekanisme penyelesaian untuk menolong orang ramai yang menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan bank, mi­salnya sekiranya bayaran ansuran meningkat secara tidak munasabah apabila mendapatkan bantuan moratorium.

“Peminjam boleh menghubu­ngi BNMTELELINK melalui bnm.my/RAsurvey untuk mengemukakan aduan.

“Setiap hari, BNM LINK akan menyampaikan maklum balas ini kepada bank dan meminta tindakan segera untuk diambil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI