Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang selesai bermesyuarat hampir sejam dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali di Bangunan Perdana Putra, di sini sebentar tadi.
Kenderaan rasmi Affendi dilihat keluar melalui pintu belakang manakala kenderaan rasmi, Acryl Sani melalui pintu hadapan dengan diiringi kenderaan pengiring keselamatan masing-masing, pukul 11.05 pagi.
Pertemuan tiga pemimpin terbabit bagi membincangkan situasi politik sedia ada dan kedudukan kerajaan hari ini susulan tindakan UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929