PETALING JAYA – Pasukan Terengganu FC (TFC) kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) dengan keputusan 3-0 dalam aksi Liga Super sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Nafuzi Zain yang sebelum ini gagal meraih dua kemenangan dalam dua aksi lepas dilihat tidak mempunyai masalah untuk menguasai saingan di awal perlawanan.
Momentum cemerlang itu tidak disia-siakan pasukan pelawat yang berjaya memecah kebuntuan menerusi ledakan Dechi Marcel pada minit ke-13.
Skuad TFC tampil lebih garang pada babak kedua dalam usaha melebarkan kelebihan tetapi terpaksa menunggu hingga minit ke-87 sebelum dapat meledak gol kedua hasil rembatan David Da Silva.
Pasukan yang terkenal dengan gelaran ‘Sang Penyu’ mengesah tiga mata penuh dengan jaringan ketiga pada masa kecederaan yang berjaya disudahkan oleh Mohd. Rahmat Makasuf.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan TFC mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas mengutip 34 mata daripada 17 perlawanan manakala PJ City dengan tangga kelapan dengan 18 mata.
Sementara itu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya mengikat Sabah FC dengan keputusan 1-1 dalam aksi yang cukup sengit.
Skuad KL City berjaya meraih gol hasil ledakan sendiri pemain The Rhinos, Randy Baruh pada minit ke-22 sebelum Levy Madinda menyamakan kedudukan pada minit ke-66. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929