fbpx

SPRM tahan Pengurus Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuantan.

KUANTAN – Seorang Pengurus Felda ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menggunakan kedudukannya melantik syarikat yang mempunyai kepentingan untuk dirinya bagi projek berkaitan pertanian.

Suspek yang berusia 38 tahun ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuantan di sini.

Suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini selepas permohonan reman dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuantan, Humairah Km Haider.

Suspek disyaki menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Rancangan dengan melantik syarikat yang beliau mempunyai kepentingan bagi projek berkaitan pertanian bernilai RM64,739.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hairuzam Mohmad Amin berkata, individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI