fbpx

Siap bawa ‘gun spray sanitize’ ke PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi lelaki membawa gun spray sanitize ke sebuah PPV.

PETALING JAYA – Jika semalam kecoh di laman sosial apabila seorang wanita yang hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) dengan pakaian mencolok mata dan terpaksa membuka hampir separuh bajunya semasa divaksin.

Terbaharu, menerusi perkongsian di laman Facebook ViralMeletop hari ini, aksi seorang lelaki membawa ‘gun spray sanitize’ pula menjadi bualan pengguna laman sosial.

Menerusi klip video berdurasi 24 saat itu, kelihatan lelaki terbabit telah menggunakan alat tersebut untuk menyembur kerusi dan juga petugas kesihatan yang berada di bilik suntikan.

Walaupun tindakan itu agak ‘keterlaluan’, namun ramai pengguna Facebook yang bersetuju dengan tindakan lelaki itu kerana ketika ini ramai yang terkena jangkitan Covid-19 di PPV.

“Memang kena buat macam ni, sebab peratusan jangkitan dari PPV tinggi juga,” tulis Nurul Izza Mohsin di ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Amirah Abdul Rahman.

“Betul, memang kena buat macam ni untuk langkah berjaga-jaga. Saya sendiri haritu pergi vaksin terlampau ramai orang.

“Lepas kita duduk satu kerusi ke satu kerusi tiada ‘sanitize’ apa pun, agak bahaya, langkah untuk berjaga-jaga,” komennya.

Namun, ada juga pengguna yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu kerana ia boleh melambatkan proses vaksinasi dan menganggu tugas kakitangan di PPV.

“Kalau sorang ‘nurse’ boleh terima, tapi kalau 30 juta rakyat Malaysia, aku rasa 10 tahun baru habis ‘turn’ nak terima vaksin,” kata Tango Kilo Mike.

Senada dengan komen tersebut adalah seorang lagi netizen dikenali sebagai Yat Sis Dimanja.

“Kalau 20 orang ‘spray’ nurse, elok tengahari ja basah kuyup nurse tu kena spray,” tulisnya.-K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI