fbpx

Seronok dapat makan di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Perlis dibenarkan makan di kedai setelah beralih ke Fasa 3 PPN hari ini.

KANGAR – Kalangan penduduk tidak melepaskan peluang makan di kedai dengan bersarapan dan menikmati juadah tengah hari di restoran dan kedai-kedai makan setelah Perlis mula beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), hari ini.

Tinjauan mendapati orang ramai keluar menikmati sarapan sebelum pergi ke tempat kerja selain mengambil peluang melepaskan rindu minum di kedai kopi setelah kira-kira tiga bulan tidak dapat berbuat demikian.

Seorang ejen pemasaran, Aiman Zainuddin, 27, berkata, dia mengambil peluang untuk sarapan pagi dengan menu roti canai di kedai kerana sudah bosan selama ini hanya duduk makan di rumah sahaja.

“Memang gembira kerana Perlis akhirnya dibenarkan makan di kedai, namun begitu kita haruslah berjaga-jaga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana Perlis masih lagi ada kes aktif.

“Hari ini saya ambil peluang untuk bersarapan roti canai yang merupakan menu popular sarapan pagi yang sudah lama tidak dapat dinikmati di kedai makan,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI