fbpx

PTPTN anjur Peraduan JomPAY and Win! 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menganjurkan Peraduan JomPAY and Win! 2021 untuk semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman secara dalam talian JomPAY bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021.

PTPTN dalam satu kenyataan media berkata, peraduan itu menawarkan hadiah bernilai RM50,000 untuk 50 pemenang berbentuk bayaran balik atau simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Menurut PTPTN, bagi pemenang yang mempunyai jumlah baki pinjaman kurang daripada nilai hadiah dimenangi, lebihan hadiah tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan SSPN-i pemenang.

“Peraduan dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Ambank (M) Bhd. dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) ini bagi menghargai peminjam yang komited membuat bayaran balik pinjaman.

“Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh promosi untuk melayakkan peminjam mendapat satu cabutan dan penyertaan adalah secara automatik,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut PTPTN, hadiah pemenang utama peraduan itu adalah RM11,000, tempat kedua RM8,000, tempat ketiga RM5,000 dan tempat keempat RM3,000.

Kata PTPTN, hadiah saguhati turut disediakan kepada 46 pemenang dan setiap pemenang akan menerima RM500.

“Peminjam PTPTN boleh memilih saluran JomPAY untuk membuat bayaran balik pinjaman di samping memenangi hadiah yang disediakan melalui kempen ini,” kata PTPTN. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI