PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) warna hitam yang membawa Perdana Menteri dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua pada pukul 11.50 pagi.
Pertemuan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung selama kira-kira sejam.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.
Beliau dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pintu 1 pada pukul 10.54 pagi.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929