fbpx

Pengalaman berharga buat Juni, Nuraisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNI dan Nuraisyah menyifatkan penyertaan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai pembakar semangat dan pengalaman terbesar untuk digunakan pada kejohanan akan datang. – ASIANA

PELAYAR negara, Juni Karimah Noor Jamali tidak kecewa meskipun menamatkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada tempat ke-19 keseluruhan dalam acara International 470 wanita yang berlangsung di Enoshima dan Zushin.

Realistiknya, Juni sedar peluang dia dan pasangannya, Nuraisyah Jamil untuk menaiki podium dalam acara itu amatlah tipis berdasarkan pengalaman cetek mereka berbanding pelayar-pelayar antarabangsa lain.

Bagaimanapun, atlet dari Kedah itu tetap berbangga kerana dapat mewakili Malaysia menyertai Sukan Olimpik seawal usia 19 tahun yang pas­tinya memberikan pengalaman berharga untuk kariernya selepas ini.

“Saya tetap rasa gembira kerana datang ke Tokyo dengan niat cuba untuk menang. Namun, kita semua tahu yang datang ke sini semuanya juga mahu memenangi pingat.

“Saya tahu ia memerlukan pengalaman yang banyak dari pelbagai segi. Apa yang boleh saya buat adalah cuba yang terbaik dan berikan sehabis baik berbekalkan pengalaman yang kami ada.

“Saya anggap Olimpik kali ini sebagai pembakar semangat dan pengalaman terbesar untuk digunakan pada kejohanan sete­rusnya nanti,” kata Juni yang kali pertama membuat penampilan Olimpik bersama Nuraisyah pada edisi ini.

Juni dan Nuraisyah mempamerkan peningkatan prestasi apabila meraih tempat ke-17 pada pusingan kesembilan sebelum memperbaikinya dengan kedudukan ke-11 selepas tamat perlumbaan ke-10.

Begitupun, ia tidak membantu mereka apabila akur menamatkan saingan pada tempat ke-19 keseluruhan dan terlepas peluang untuk layak ke perlumbaan penentuan pingat hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI