fbpx

Pelopor vaksin AstraZeneca diabadikan sebagai patung Barbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gilbert memegang model patung Barbie dirinya yang dihasilkan syarikat Mattel. -Andy Paradise

LONDON – Pelopor yang mengetuai penghasilan vaksin AstraZeneca Covid-19, Profesor Dame Sarah Gilbert, 59, diberi penghargaan menerusi penghasilan patung Barbie edisi khas dirinya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Gilbert berkata pada mulanya dia berasa pelik apabila melihat dirinya diabadikan sebagai patung Barbie namun berharap ia memberikan inspirasi kepada gadis muda untuk bekerja dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Saya amat berminat untuk memberikan inspirasi kepada generasi akan datang untuk menceburi kerjaya dalam STEM dan berharap kanak-kanak yang melihat patung Barbie saya akan sedar betapa pentingnya sains kepada dunia,” katanya.

Patung Barbie tersebut memakai sut biru, blaus putih, sepasang cermin mata dan sepasang kasut hitam.

Selain Gilbert, syarikat pembuat patung Mattel turut menghasilkan model patung Barbie lima tokoh wanita yang berkhidmat dalam STEM di seluruh dunia termasuk Amy O’Sullivan dan Dr. Audrey Cruz dari Amerika Syarikat, Dr. Chika Stacy Oriuwa dari Kanada, Dr. Jacqueline Goes de Jesus dari Brazil dan Dr. Kirby White dari Australia.

Lima wanita lain dari seluruh dunia yang turut sama menyumbang dalam penghasilan vaksin turut diabadikan sebagai model patung Barbie. -Mattel

“Barbie menyedari pengorbanan petugas barisan hadapan ketika musim pandemik.

“Bagi menghargai usaha itu, kami berkongsi kisah mereka dan menggunakan platform Barbie untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang,” kata Lisa McKnight dari syarikat Mattel. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI