fbpx

Pekerja rumah kebajikan didakwa cabul, rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh yang berbaju putih dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan rogol terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Mei lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja am rumah kebajikan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol seorang kanak-kanak perempuan, Mei lalu.

Tertuduh yang berusia 42 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.

Lelaki itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 11 dengan sebelum merogol kanak-kanak tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah kebajikan di daerah ini pada Mei lalu.

Bagi kes amang seksual, pendakwaan dijalankan mengikut Seksyan 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak- kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Berita berkaitan: Kanak-kanak 11 tahun dirogol di rumah kebajikan

Tertuduh juga berdepan pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Choon Yew memohon tiada jaminan diberikan kepada tertuduh kerana bimbang terdapat gangguan dan trauma kepada mangsa yang masih berada di rumah kebajikan berkenaan.

Tertuduh bagaimanapun memohon agar jaminan diberikan kerana mempunyai tanggungan dua anak.

Mahkamah memutuskan tiada jaminan dibenarkan dan menetapkan 22 September ini untuk sebutan semula kes.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI