fbpx

Pekerja kimpalan ditemui maut dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota bomba memeriksa keadaan lelaki yang ditemui meninggal dunia ketika sedang melakukan kerja-kerja kimpalan di Jalan Kristal, Taman Kristal, Simpang Renggam, Kluang, Johor malam semalam. - Foto IHSAN JBPM

KLUANG – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah longkang di Jalan Kristal, Taman Kristal Simpang Renggam, di sini malam semalam.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Razali, ketika kejadian pada pukul 10.22 malam itu, mangsa yang berusia berusia 30-an itu sedang melakukan kerja-kerja kimpalan.

Menurutnya, kematian mangsa disedari rakan sekerjanya selepas mendapati dia terbaring di dalam longkang.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam menghantar jentera FRT dengan kekuatan keseluruhan seramai tujuh anggota ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dewasa terbaring dalam longkang dengan kedalaman enam kaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, PKO bertindak mengangkat mangsa dengan menggunakan tangga dan pengusung sebelum dibawa naik dalam tempoh lima minit.

“Mangsa telah disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI