fbpx

Panglima Perang takut jarum rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi sebelum dan selepas Mat Tere menerima suntikan vaksin di sebuah PPV.

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Mat Tere’ yang menerima suntikan vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) telah menarik perhatian orang ramai.

Walaupun menggelar dirinya sebagai ‘Panglimo Pere’ (panglima perang) namun, ternyata ia bukan ‘tiket kebal’ bagi lelaki itu selepas dilihat tidak bermaya akibat suntikan vaksin.

Menerusi klip video berdurasi satu minit 24 saat yang dikongsi di laman Facebook The Kelat Daily, kelihatan lelaki tersebut pada awalnya bersemangat dan menggelar dirinya sebagai seorang ‘panglima perang’.

Bagaimanapun, ketika berada di PPV dia kelihatan beberapa kali menggelak diri daripada disuntik oleh petugas kesihatan dan disaat-saat akhir video itu, kelihatan ‘panglima’ itu sudah ‘rebah’.

Lelaki itu hampir pengsan dan petugas kesihatan terpaksa memberikan rawatan awal kepadanya.

Namun, Kosmo! difahamkan ‘Mat Tere’ atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharum,29, adalah seorang ‘insan istimewa’ atau orang kelainan upaya (OKU) dan hampir seluruh rakyat Kelantan mengenalinya.

Susulan penyebaran klip video itu, rata-rata netizen mendoakan agar Mat Tere segera pulih.

Sehingga kini, klip video tersebut telah ditonton lebih 33,000 kali dan dikongsi lebih 168 pengguna-K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI