fbpx

Nenek 90 tahun maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat warga emas yang maut dalam kebakaran di Kampung Kemuning, Sik hari ini.

SIK – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun maut dalam kebakaran rumah di Jalan Charok Kit, Kampung Kemuning Sik di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, mangsa, Maryam Mihat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa iaitu Zalina Mohamad, 55, melecur pada kaki dan dikejarkan ke Hospital Sik manakala mangsa, Shuid Awang, 63, terselamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.23 pagi ini dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat dengan peratusan kebakaran adalah 80 peratus.

“Api berjaya dikawal pada pukul 5.38 pagi dan mangsa maut berjaya dijumpai pada pukul 6 pagi di dalam bilik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superitendan Abdull Razak Osman berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan bomba dan siasatan awal berkemungkinan berpunca daripada litar pintas. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI