fbpx

Masih jual lebih RM30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Segelintir peniaga di seluruh negara didapati masih ingkar dengan pematuhan harga siling minyak masak 5 kilogram (kg) pada harga RM29.70 sebotol yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Tinjauan Kosmo! di kedai-kedai di beberapa negeri mendapati, ada peniaga yang akur dengan harga siling RM29.70 itu, namun masih ada peniga degil yang menjual beberapa jenama minyak de­ngan harga melebihi RM30.

Di Johor Bahru, masih ada peniaga yang menjual minyak masak melebihi harga siling dengan alasan bekalan itu adalah stok lama.

Harga yang masih dijual didapati antara RM29.79 hingga RM30.60 bergantung kepada jenama minyak botol berkenaan.

Seorang peniaga di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dekat sini yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, memberi alasan, dia tidak mengetahui harga maksimum minyak masak selain memaklumkan bekalan adalah stok lama.

“Kami dapat bekalan dengan harga borong dengan harga lama, jadi kami nak tak nak, kena jual pada harga melebihi harga maksimum sebab nanti kami akan rugi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Di Melaka, terdapat peniaga masih menjual satu jenama minyak masak melebihi harga si­ling iaitu pada RM30.90 sehingga RM33.

Salah seorang pengguna, Nur Lliyana Zainis Zainal, 22, dari Bukit Katil di sini berkata, masih ada pasar raya yang tidak mematuhi harga siling dan pengguna masih tersepit dengan harga berkenaan.

“Kami terpaksa beli dengan harga lebih mahal kerana minyak peket cepat habis,” ujarnya.

Di Pulau Pinang, dua pasar raya besar di daerah Barat Daya dan Timur Laut di sini, masih menjual dua daripada lima jenama minyak masak botol 5kg di pasaran di bawah harga siling iaitu RM28.95 sebotol berbanding sebelum ini dijual pada RM30.90.

Bagaimanapun, masih terdapat satu jenama minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol saiz sama dijual pada harga tinggi iaitu RM32.33 sebotol. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI