KUALA NERANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 144 kilogram buah durian dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung di sini, Isnin lalu.
Maqis dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, hasil pemeriksaan rutin ke atas sebuah lori menemui sejumlah buah durian dianggarkan bernilai RM500.
“Pemeriksaan mendapati buah tersebut dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import 3P (pelabelan, penggredan dan pembungkusan) seperti ditetapkan dalam syarat permit import Maqis,” katanya.
Menurut kenyataan itu, kesemua barang dagangan tersebut telah dirampas untuk tindakan selanjutnya.
“Kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929