fbpx

Kumpulan darah ‘ganjil’ diterbangkan dari Sarawak ke Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penderma darah yang dikenali Pehan Anak Majis telah mendermakan darah jenis Rh17 kepada seorang wanita di Johor kelmarin.

PETALING JAYA – Umum mengetahui kumpulan darah biasanya terdiri daripada jenis A, B, AB, dan 0, namun tidak ramai yang mengetahui tentang kumpulan darah jenis Rh17.

Menerusi perkongsian di laman Blood Bank Hospital Umum Sarawak, darah jenis Rh17 adalah antara kumpulan darah yang jarang ditemui atau mempunyai darah yang ganjil.

Katanya, darah jenis Rh17 jarang ditemui dalam kalangan penduduk di negara ini, namun di Sarawak darah jenis ini dimiliki pada sebahagian kecil pada etnik Bidayuh.

“Semalam (kelmarin) darah Encik Pehan Anak Majis telah di hantar ke Johor Bahru bagi kegunaan pesakit ibu mengandung yang akan menjalani pembedahan ‘caeser’ miliki darah jenis yang sama, Rh17.

“Darah ini dihantar ke Johor transit di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) kemudiannya awal pagi terus ke Johor Bahru,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Menurut hantaran itu lagi, individu yang memiliki kumpulan darah ganjil hanya boleh menerima darah dari kumpulan penderma darah yang sama sahaja.

“Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.

“Kita doakan pesakit selamat melahirkan anak dengan selamat,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI