PETALING JAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dikatakan akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad esok.
Memetik laporan Utusan Malaysia, peletakan jawatan itu ada kaitan dengan penarikan sokongan UMNO terhadap kempimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya memang akan letak jawatan esok, esok saya akan hantar surat peletakan jawatan,” petik laporan itu.
Terdahulu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan bagi menyatakan sokongan terhadap keputusan parti semalam.
Sementara itu, Muhyiddin dalam perutusan khasnya tengah hari tadi menegaskan masih mempunyai majoriti dan statusnya sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh undi percaya ahli-ahli Dewan Rakyat September depan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929