fbpx

Kelly akui bakal berdepan cabaran di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLY mengakui bakal berdepan cabaran dan kesukaran untuk bersaing pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun ia bukan penghalangnya untuk menjelmakan pingat buat Malaysia.

PEMAIN golf wanita negara, Kelly Tan mengakui sudah tidak sabar untuk memulakan aksi pada pusingan pertama yang akan berlangsung di lapangan Kelab Golf Kasumiga­seki hari ini.

Dia yang meletakkan sasaran untuk memenangi pingat pada penampilan ke­duanya di Sukan ­Olimpik, bagaimanapun berdepan bebe­rapa cabaran sepanjang berada di sana.

Katanya, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tokyo kerana terpaksa mengharungi penerba­ngan jauh dari Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Selain itu, Kelly menjelaskan, dia tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak di perkampungan sukan kerana keadaan katil yang dianggap terlalu keras.

“Memang saya berdepan ba­nyak cabaran di sini. Saya tinggal di perkampungan sukan, namun setiap hari perlu datang ke lapangan untuk melakukan latihan dan ia memerlukan masa sejam setengah.

“Selain itu, saya rasa tidak selesa pada bahagian leher ke­rana katil yang disediakan sangat keras. Oleh itu, saya tidak dapat tidur dengan nyenyak.

“Saya juga berangkat dari AS untuk datang ke sini, jadi masih ada kelesuan jet. Bagaimanapun, saya akan cuba lakukan yang terbaik esok (hari ini),” katanya.

Pada masa sama, Kelly yang pernah beraksi dalam Siri Jelajah LPGA AS percaya mereka akan berdepan cuaca tidak menentu sepanjang saingan meskipun sudah tidak sabar untuk beraksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI