fbpx

Kadar vaksinasi pantas bolehkan Arab Saudi buka pintu umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli menerima kunjungan Mahmoud Hussein di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kadar vaksinasi negara yang merupakan antara terpantas di dunia membolehkan Malaysia disenaraikan antara 49 buah negara yang diberi kelulusan oleh Arab Saudi bagi tujuan pelancongan termasuk umrah bermula 1 Ogos lalu.

Perkara itu dikongsi Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saed Qattan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kunjungan di sini hari ini.

Zulkifli berkata, walaupun Malaysia mempunyai kes jangkitan positif Covid-19 yang tinggi, namun kadar vaksinasi yang amat pantas menyebabkan Arab Saudi memberi kepercayaan penuh untuk membuka pintu negaranya kepada Malaysia bagi tujuan pelancongan.

Beliau berkata, ia turut disokong dengan keberkesanan vaksin yang memperlihatkan 98.1 peratus kes hanya di kategori 1 dan 2 serta kadar kesembuhan 81.37 peratus direkodkan di negara ini.

“Ini sekali gus satu penghormatan dan pengiktirafan kepada sistem pengurusan kesihatan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, buat masa ini, Malaysia masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung permohonan visa umrah bagi rakyat Malaysia. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI