fbpx

Suami isteri guna dokumen palsu didenda RM48,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Sepasang suami isteri didenda RM48,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender kerja membekal makanan asrama di sebuah sekolah pada 2016.

Hakim Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Abu Bakar Manat menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Junaidah Majin, 44, dan suaminya, Muhammad Ashpawi Mohd. Yahya, 51, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 24 November 2016, pasangan itu didakwa menggunakan penyata akaun bank palsu atas nama sebuah syarikat bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016.

Dokumen terbabit digunakan untuk mendapatkan kerja-kerja perkhidmatan membekal makanan di sebuah sekolah di Kota Belud bagi tempoh 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pasangan itu diwakili peguam daripada JPKERUAK Advocates & Associates manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Norsham Saharom.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI