fbpx

Grealish akhirnya milik City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH bakal meraih pendapatan RM1.3 juta seminggu dengan kontrak sehingga 2026 bersama City. - AFP

LONDON – Kapten pasukan Aston Villa, Jack Grealish dijangka melengkapkan perpindahannya ke juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City selewat-lewatnya awal pagi esok.

Difahamkan, kedua-dua pasukan sudah sepakat dengan nilai perpindahan sebanyak £100 juta (RM588.2 juta) sekali gus memecahkan rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah yang pernah dicatatkan oleh pemain Britain.

Grealish juga sudah bersetuju dengan kontrak skuad The Citizens yang menawarkan gaji sebanyak £230,000 (RM1.3 juta) seminggu dengan tempoh sehingga 2026.

Penghijrahan tersebut bakal membuktikan betapa serius pasukan kendalian Pep Guardiola dalam usaha mempertahanan kejuaraan EPL selain memburu trofi berprestij, Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Skuad Villa juga tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya sudah bersedia untuk menggunakan dana perpindahan Grealish untuk mendapatkan beberapa pemain baharu yang berkualiti.

Pasukan bimbingan Dean Smith itu sudah menandatangani khidmat pemain sayap, Leon Bailey dari kelab Bayer Leverkusen dan kini memburu James Ward-Prowse (Southampton), Tammy Abraham (Chelsea) dan Axel Tuanzebe (Manchester United). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI