fbpx

GKV STF tingkatkan kapasiti katil Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Inisiatif meningkatkan kapasiti katil Covid-19 dan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital awam, hospital swasta dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) merupakan antara enam langkah penting yang diambil Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF).

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, langkah itu bertujuan mengatasi situasi semasa peningkatan kes positif di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Komander GKV STF berkata, fasiliti itu akan melalui penukaran fungsi di beberapa kawasan di dalam hospital untuk dijadikan wad pesakit.

“Ketika ini, terdapat 29 hospital awam, 51 hospital swasta dan dua PKRC yang menyediakan rawatan bagi pesakit Covid-19 termasuk empat hospital penuh Covid-19 iaitu Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.

“Selain itu, pesakit bukan Covid-19 juga akan di hantar ke hospital swasta bagi membolehkan lebih banyak katil di hospital kerajaan dapat digunakan untuk pesakit Covid-19,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, GKV STF juga akan meningkatkan perkhidmatan ambulans dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta badan bukan kerajaan (NGO). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi: 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI