fbpx

Gibran tidak pernah ambil tahu pasal gaji sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIBRAN dan isterinya, Selvie tiba untuk membuang undi dalam pemilihan Datuk Bandar Solo di Solo pada 9 Disember 2020. - AFP

JAKARTA – Datuk Bandar Solo di Indonesia, Gibran Rakabuming Raka mendedahkan bahawa beliau tidak pernah menggunakan gajinya untuk kegunaan peribadi, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Gibran yang merupakan anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan memegang jawatan Datuk Bandar Solo sejak Februari lalu berkata , semua gajinya digunakan untuk membantu keperluan penduduk setempat.

“Saya tidak pernah gunakan gaji untuk diri sendiri. Semuanya saya beri untuk membeli barang keperluan harian penduduk yang tidak berkemampuan seperti beras selain membayar yuran persekolahan anak-anak mereka,” kata Gibran.

Jawapan itu diberikan kepada media apabila beliau ditanya sama ada akan menyumbang sebahagian gajinya kepada penduduk Solo sepanjang perintah darurat Covid-19 berlanjutan hingga 9 Ogos ini.

Tambah Gibran, beliau sendiri tidak begitu pasti berapa sebenarnya jumlah gaji yang diterima setiap bulan kerana wang itu secara automatik akan disalurkan terus kepada penduduk.

“Pembantu peribadi saya, Gilang yang lebih tahu jumlah sebenar gaji saya sebagai datuk bandar,” ujarnya lagi.

Menurut maklumat pejabat wilayah Solo, pemerintah terdahulu di bandar itu mempunyai tangga gaji bermula 600 juta rupiah (RM176,514) dan boleh mencapai 3 bilion rupiah (RM883,690). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI