fbpx

Dua individu ditipu lebih RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Mahu wang berganda sebaliknya terpaksa menanggung rugi. Itu nasib malang yang menimpa dua individu yang menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sehingga mengalami kerugian RM55,960.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kes pertama membabitkan seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 21 tahun.

Katanya, kejadian bermula pada 29 Mei lalu apabila mangsa diperkenalkan oleh rakannya yang berusia 38 tahun mengenai satu pelaburan saham dan mangsa berminat untuk menyertainya.

“Dalam tempoh bermula 28 Mei lalu hingga 2 Ogos lalu mangsa telah membuat tujuh transaksi pemindahan wang daripada akaunnya ke akaun syarikat pelaburan terbabit berjumlah RM10,960.

“Selepas itu mangsa menerima panggilan daripada rakannya itu memberitahu akaunnya telah disekat oleh pihak bank. Namun apabila mangsa mahu menghubungi semula rakannya itu, nombornya telah disekat menyebabkan mangsa berasa ditipu dan membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Wazir berkata, kes kedua melibatkan seorang suri rumah berusia 56 tahun yang mengalami kerugian RM45,000 selepas ditipu dalam pelaburan bitcoin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI