fbpx

Chelsea gagal bidaan pertama jejak Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU menjadi buruan Chelsea yang memerlukan seorang penggempur berkelas dunia untuk mengetuai jentera serang mereka. - AFP

LONDON – Inter Milan dilaporkan menolak tawaran pertama bernilai £86 juta (RM363.26 juta) daripada Chelsea untuk mendapatkan khidmat Romelu Lukaku pada pasaran perpindahan kali ini.

Chelsea percaya pemain berusia 28 tahun itu mampu menggalas tugas sebagai penyerang utama mereka menyebabkan tawaran berkenaan dikemukakan termasuk sedia melepaskan Marcos Alonsi menyertai juara Serie A musim lalu itu.

Lukaku menjadi pilihan The Blues selepas mereka percaya peluang untuk mendapatkan khidmat penggempur utama Borussia Dortmund, Erling Haaland agak sukar dan tipis ekoran nilai yang tinggi serta persaingan yang hebat.

Biarpun tawaran pertama ditolak, pemilik Chelsea, Roman Abramovic dilaporkan bersedia untuk meningkatkan jumlah berkenaan untuk mendapatkan bekas pemainnya yang dijual kepada Everton pada harga £27 juta (RM118.27 juta) kira-kira tujuh tahun lalu.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel secara jelas mengakui bahawa pasukannya memerlukan seorang penyerang berkelas dunia sekiranya The Blues bercita-cita untuk mengurangkan jurang antara mereka dan Manchester City.

Selain Haaland, Chelsea sebelum ini menyatakan minat mereka terhadap penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane dan juga penggempur berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Namun, Kane dilihat seperti sudah bersedia untuk menerima tawaran mega daripada Manchester City, manakala Lewandowski dan Bayern masih saling memerlukan menyebabkan hasrat Chelsea itu mungkin tidak tercapai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI