SHAH ALAM – Ratusan pekerja asing membanjiri Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Seksyen 7 di sini hari ini.
Mereka beratur sepanjang satu kilometer seawal pukul 8.30 pagi untuk mendapat giliran untuk vaksinasi.
Hasil tinjauan Kosmo! mendapati kesemua mereka daripada dipercayai dari kilang sekitar dan luar daerah ini didapati gagal mematuhi penjarakan fizikal satu meter yang ditetapkan Kementerian Kesihatan ( KKM ).
Situasi itu menimbulkan kebimbangan wujudnya kluster PPVIN walaupun selepas mengambil vaksin.
Seorang penduduk Seksyen 7 Jalan Plumbum , Suhaimi Hashim, 51, berkata, keadaan tidak terkawal boleh menyebabkan penularan pandemik sebelum memasuki PPVIN lagi.
“Sepatutnya ada satu kaedah pengawasan orang ramai yang beratur di kawasan tersebut. Jangan sampai ada kluster vaksin pula di kawasan sekitar,”katanya.
Sementara, seorang lagi penduduk Norliza Shapiei, 49, yang memberitahu, pekerja-pekerja tersebut dipercayai membuang sampah seperti bekas makanan dan air dibuang merata-rata yang akan mengotor lokasi tersebut.
“Kita tahu kepentingan vaksin ini namun perlu dikawal selia termasuk di luar PPVIN ini,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929