fbpx

Bedah otak berisiko, dah 5 hari Izuan Fitri ‘tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZUAN FITRI kini tridak sedarkan akibat penyakit tibi yang sudah merebak ke otak.

PETALING JAYA – Bintang  One Two Jaga dan Munafik, Izuan Fitri, masih bertarung nyawa tidak sedarkan diri sejak 31 Julai lalu selepas diserang sawan berikutan penyakit batuk kering yang dihidapi.

Abang kembarnya, Izuan Fikri, 19, berkata, doktor di Hospital Selayang perlu menunggu keputusan imbasan CT-Scan sebelum  melaksanakan prosedur pembedahan bagi memulihkan kesihatan pelakon itu.

“Selepas diserang sawan lima hari lalu memang Izuan langsung tidak sedar. Keadaannya seperti orang tidur apabila masih boleh batuk-batuk kecil, menggaru atau beri reaksi jika disentuh.

“Doktor maklumkan, kuman tibi dalam badan merebak melarat sehingga menyerang bahagian otak,” cerita Fikri.

Menurutnya, pelakon itu mulanya mengadu sesak nafas dan kebas tangan dan kaki kanan sebelum diserang sawan dan dihantar ke hospital

“Sekarang kami masih menunggu keputusan imbasan. Jika pembedahan itu lebih banyak mendatang risiko tinggi, doktor mungkin meneruskan pemberian ubat dahulu. Buat masa ini kami harapkan doa supaya dia dapat sedar semula,” katanya kepada Kosmo! Online.

Khabar mengejutkan mengenai pelakon yang turut membintangi filem Munafik itu dikongsi beberapa rakan dalam industri seni yang sama-sama mendoakan kesihatannya.

Berkongsi keadaan adiknya lagi, Fikri berkata, anak bongsu daripada tujuh bersaudara itu hanya mengetahui dirinya menghidap tibi selepas mendapatkan rawatan doktor beberapa bulan lalu.

Katanya, Izuan kerap mengalami gejala batuk, demam dan sakit dada tetapi menganggap itu sakit biasa selain hanya menjalani pemeriksaan lebih lanjut apabila dipaksa keluarga untuk bertemu doktor.

“Sebenar dua, tiga bulan lalu dia sudah dimasukkan ke hospital. Lama juga dia ditahan dalam wad ketika itu.  Dari situ baru kami sekeluarga tahu dia mempunyai penyakit batuk kering.

“Daripada pemeriksaan dan simptom awal, doktor maklumkan penyakitnya mungkin bermula sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dua tahun lalu.

“Tahap kesihatannya tampak semakin meningkat selepas mendapatkan ubat malah turut patuh mengikuti segala saranan doktor demi memastikan dirinya kekal sihat.

“Semuanya okay sampailah kejadian sawan pada 31 Julai lalu. Itu adalah kali pertama berlaku. Doakan semoga Fitri sihat semula seperti sediakala,” katanya yang menemani kembarnya itu di wad.

Berita mengejutkan tentang Izuan turut dikongsikan ibunya, Nor Abdul Rani. Hanya menerusi perkongsian dalam Facebook, oibu tunggal iutu berharap doa dari semua pihak agar anak bongsu kembali sedar dan dapat pulih seperti biasa.

“Tak terhingga doa berterusan untukmu anakku. Bangunlah anak, berjuang dan terus berjuang melawan keganasan virus jahat dalam tubuhmu. Bangkitlah anakku, bangunlah dari lenamu.

“Mohamad Izuan Fitri, anak ku tersayang bukakan matamu. Senyumlah dengan penuh keindahan,” tulis Nor Abdul Rani menerusi hantaran dalam facebook miliknya.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah senior, Sabri Yunus menerusi satu hantaran dalam Facebook miliknya menganggap pelakon tersebut sebagai ‘permata’ yang mempunyai bakat besar dalam industri.

“Izuan Fitri, pelakon remaja yang berbakat besar. Dia Butak yang degil dan berani. Seorang yang nakal dan budiman.

“Dikhabarkan berita duka bahawa Izuan kini sedang berjuang dengan hidup di hospital Selayang. Mari berdoa untuk adik ini. Dia berjuang melawan kuman tibi yang bersarang hingga pada otaknya,” tulis Sabri menerusi satu hantaran di laman Facebooknya .

Sepanjang pembabitan dalam arena lakonan, pelakon Butak itu pernah menjulang meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. = K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI