fbpx

Bayi setahun cetus kluster di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hasil saringan individu bergejala ke atas seorang bayi berusia setahun yang disahkan positif Covid-19 pada 26 Julai mencetuskan satu Kluster Morak Palekbang di Tumpat, Kelantan dengan 34 kes positif dikesan setakat ini.

Laporan rumusan kluster baharu yang disertakan bersama kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan berkata, penularan wabak dilaporkan berlaku di Kampung Morak Palekbang, Tumpat.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan kanak-kanak perempuan berumur satu tahun yang mula bergejala pada 22 Julai sebelum disahkan positif pada 26 Julai lepas,” katanya di sini hari ini.

Selain Kluster Morak Palekbang, negeri Kelantan turut merekodkan 14 kluster baharu hari ini dengan 10 daripadanya ialah kluster komuniti, kluster tempat kerja (tiga) dan kluster keagamaan (satu).

Menurut rumusan itu, kluster komuniti membabitkan aktiviti ziarah raya di Kelantan ialah Kluster Kampung Belum Baru yang turut dikesan di Hulu Perak dengan 54 kes, Kluster Kampung Belimbing di Jeli (24 kes) dan Kluster Kampung Changgong Melawi di Bachok (14 kes).

Katanya, Kluster Kampung Belum Baru membabitkan kes indeks iaitu seorang perempuan berumur 25 tahun yang mempunyai sejarah merentas negeri dari Kelantan ke Perak dan terlibat aktiviti ziarah-menziarahi semasa sambutan perayaan.

“Kes ini dilaporkan positif pada 26 Julai lalu hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Kata rumusan itu, Kluster Kampung Belimbing Jeli dan Kluster Kampung Changgong Melawi melibatkan individu-individu yang mengadakan aktiviti ziarah-menziarahi sempena sambutan perayaan selepas kes indeks bagi kedua-dua kluster terbabit didapati positif hasil saringan bergejala.

“Kes indeks dari Kampung Belimbing, Batu Melintang merupakan seorang nenek berumur 72 tahun yang mula bergejala pada 24 Julai lalu manakala kes indeks dari Kampung Changgong Melawi, Bachok merupakan perempuan berumur 27 tahun yang bergejala pada 28 Julai lepas,” jelasnya.

Sementara itu, Kluster Kampung Tanah Lot Merchang dikesan di Terengganu dan Pahang melibatkan daerah Marang dan Kuantan dengan 43 kes positif dilaporkan setakat ini selepas kes indeks didapati mempunyai sejarah merentas negeri dari Pahang ke Terengganu pada 23 Julai lepas untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.

“Kes indeks kluster ini merupakan perempuan berumur 33 tahun yang dilaporkan positif pada 31 Julai hasil saringan bergejala selepas mula bergejala pada 27 Julai lalu,” katanya.

Selain itu, kluster membabitkan aktiviti rentas negeri juga dikesan di Hilir Perak, Perak iaitu Kluster Samak Melintang dengan 14 kes positif dilaporkan setakat ini.

“Kes indeks seorang lelaki berumur 28 tahun mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Perak dan penularan wabak dilaporkan berlaku iaitu di Ladang Sungai Samak, Hutan Melintang,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI