fbpx

Amelia Henderson seronok pakai 40 pasang kebaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA HENDERSON

BERPELUANG menggayakan 40 pasang kebaya yang diserlahkan sanggul tradisional, Amelia Henderson mengakui karakter lakonannya dalam drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul cukup unik.

Bukan hanya berpenampilan menarik, sisi peribadi wanita terbabit melambangkan kekuatan kaum hawa yang sentiasa cekal walaupun berdepan ujian berat.

“Sisi peribadi Ayu nampak seperti wanita lain yang perlu melalui fasa mencabar dalam kehidupannya dengan reda tetapi saya melihat banyak nilai positif yang menonjolkan kekuatan kaum hawa.

“Rekaan persalinan iaitu kebaya yang digayakan Cik Ayu sepanjang 16 episod bersiaran sangat klasik dan unik, sekali gus menjadi daya penarik.

“Bukan saya tak pernah pakai pakaian tradsional Melayu, terutama kebaya, tetapi kalau sebanyak 40 pasang dan lengkap dengan cucuk sanggul tradisional, saya rasa memang sangat istimewa

AMELIA bersama pelakon Aznah Hamid dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul.

“Bertukar persalinan perkara biasa, namun proses memakai sanggul adakalanya ambil masa. Cuma saya bertuah dibantu mereka yang pakar,” katanya pada sesi promosi drama bersiri itu bersama media.

Selain pelakon berdarah campuran Sri Lanka-Scotland itu, Cik Ayu Mee Sanggul yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Julai lalu turut menampilkan Aqasha dan Datuk Rosyam Nor.

Naskhah terbitan Suhan Movies & Trading tersebut berkisar mengenai seorang janda muda yang jelita dan terpaksa mengahwini duda anak satu tanpa rasa cinta.

Amelia sendiri menyifatkan Cik Ayu sebagai cerminan sikap positif wanita yang boleh dijadikan contoh apabila mengenepikan kepentingan diri demi orang lain.

“Cik Ayu seorang wanita kuat yang sentiasa ambil peduli terhadap insan sekelilingnya malah setiap dugaan juga dilalui dengan penuh kematangan.

“Itu antara pengajaran yang saya cuba amalkan terutama cara untuk kekal positif dalam menghadapi sesuatu cabaran atau ujian,” katanya yang mula menceburi arena komersil sejak usia lapan bulan.

Tidak hairan apabila pemilik nama penuh Amelia Thripura Henderson, 26, itu lebih selesa berbicara soal kerjaya seninya, berbanding kisah peribadi.

AMELIA mahu fokus karier dan enggan terbuka bercakap soal peribadi.

Soal hati

Tegas aktres yang kembali solo sejak tiga tahun lalu, biarlah orang luar lebih mengetahui perjalanan karier seni yang menjadi fokus utama utama kehidupan, selain membantu insan lain.

“Secara jujur memang tiada sesiapa pun yang cuba mendekati saya. Buat ini kehidupan saya lebih fokus terhadap kerja, keluarga dan aktiviti kemasyarakatan.

“Kita semua pun masih suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi banyak lagi perkara lebih penting untuk difikirkan,” ulasnya ringkas apabila ditebak soal hati.

Pada masa sama, Amelia menyatakan gandingan pertama dengan Aqasha menyerlahkan keserasian memandangkan aktor senior itu juga cukup berpengalaman.

“Dari segi kerja di set penggambaran membabitkan tempoh dua bulan, tiada sebarang masalah walaupun setiap waktu semua kru dan pelakon perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan.

“Masing-masing sudah bersedia sebelum masuk set sepanjang lebih 70 hari penggambaran dilaksanakan. Cuma babak dengan Datuk Rosyam Nor yang mungkin saya cuak sedikit.

“Bukan takut, sebab sebelum ini saya pernah berkongsi layar dengannya dalam filem J2: J Retribusi. Apa pun ada kejutan nanti,” kata pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pengantin 100 Hari itu.

Selain bermain piano dan melukis, anak kelahiran Ampang, Selangor itu mengisi masa sepanjang PKP dengan kerja-kerja sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI