fbpx

273 individu dicekup ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 273 individu diberkas dengan seramai 248 dikompaun manakala 25 lagi direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 41 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,634 kilang, 14,687 premis perniagaan, 833 tapak pembinaan dan 260 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 10 pendatang asing tanpa izin ditahan dan tiga kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng selain menjalankan 890 sekatan jalan raya di seluruh negara.

Menyentuh isu kuarantin wajib, kata beliau, seramai 787 individu tiba di tanah air semalam, dengan jumlah kumulatif seramai 262,857 diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai 2020.

Seramai 9,598 individu masih lagi berada di pusat kuarantin wajib ketika ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 592 peruncit, 157 pemborong dan 31 pengilang termasuk melakukan 1,903 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis terbabit didapati mematuhi peraturan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI