PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini melonjak kepada 19,819 kes sekali gus melepasi 19,000, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,183,110 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 8,377 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,467 kes), Kedah (1,371 kes), Johor (1,162 kes) dan Kelantan (1,003 kes).
“Seterusnya, Sabah (949 kes), Pulau Pinang (867 kes), Negeri Sembilan (800 kes), Perak (662 kes), Pahang (558 kes), Sarawak (552 kes), Melaka (508 kes) dan Terengganu (481 kes).
“Putrajaya (46 kes), Labuan (lima kes) dan Perlis (11 kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929