fbpx

Tidak mahu vaksin, jangan keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
General view of Santa Cruz del Islote island, located in the Colombian Caribbean, off the coast of Sucre Department, on June 30, 2020, during the COVID-19 pandemic. - The coronavirus pandemic exposed poverty and state neglect in the most densely populated island in Colombia -a place where social distancing is almost impossible. (Photo by Adrian CARBALLOS De HOYOS / AFP)

BOGOTA – Pihak berkuasa sebuah bandar di Colombia mengeluarkan amaran kepada penduduk yang enggan menerima suntikan vaksin untuk tidak keluar rumah atau bersedia untuk dipenjarakan.

Datuk Bandar Sucre, Elvira Julia Mercado, berkata, tindakan tegas  itu terpaksa diambil demi melindungi masyarakat setempat yang mahu menghentikan penularan Covid-19.

“Kami perlu berpendirian tegas kerana ini melibatkan nyawa penduduk. Semua orang perlu divaksin. 

“Jika enggan divaksin, jangan keluar rumah dan bergaul dengan penduduk lain di Sucre,” tegasnya.

Beliau memutuskan perintah kekal berada di rumah selama lapan hari bagi mereka yang belum diberi vaksin walaupun bandar tersebut memiliki dos vaksin yang cukup untuk semua 28,000 penduduknya.

Setakat ini, hanya 10,000 yang memilih untuk diimunisasi, kata Mercado sambil menyalahkan penularan berita palsu tentang pengambilan vaksin atas keengganan penduduk tempatan.

“Ada sesetengah orang alim yang enggan diberi vaksin kerana kononnya bertentangan dengan agama (Kristian),  manakala orang muda pula menolak divaksin kerana diberitahu tidak boleh keluar minum dan baki yang lain memberitahu bahawa mereka akan mati dalam dua tahun kerana vaksin ,” katanya.

Di bawah perintah itu, individu yang tidak diberi vaksin boleh meninggalkan rumah hanya untuk mengakses perkhidmatan kesihatan atau mendapatkan suntikan.

Semua penduduk bandar perlu menunjukkan kad vaksin untuk mengakses pasar raya, bar, disko, restoran, bank dan kedai.

Mereka yang tidak menurut arahan tu berisiko dikenakan denda sehingga AS$260 (RM1,098), dan individu dengan kesalahan berulang boleh dikenakan hukuman penjara.

Langkah itu akan dikaji lagi dalam masa lapan hari berdasarkan keadaan semasa Covid-19 di bandar itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI