ELAINE Thompson membuktikan statusnya sebagai ratu pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila memenangi pingat emas kedua peribadinya di Stadium Olimpik sebentar tadi.
Thompson tidak berdepan masalah untuk mengungguli aksi final 200 meter (m) wanita dengan catatan 21.53 saat (s) menewaskan rakan senegaranya, Shelly Ann Fraser-Pryce yang terpaksa akur di tempat keempat.
Fraser-Pryce dipintas pada saat akhir oleh dua pelari iaitu Christine Mboma dari Namibia untuk memenangi pingat perak dengan masa 21.81s serta pelari Amerika Syarikat, Gabrielle Thomas yang meraih tempat ketiga (21.87s).
Ia adalah kejuaraan berganda buat Thompson-Herah selepas menjuarai final 100m wanita dengan rekod baharu Olimpik, 10.61s pada 30 Julai lalu. – K! ONLINE