fbpx

Terengganu FC II lonjak ke takhta Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua pasukan Sarawak United, Taylor Regan (5) cuba menghalang kemaraan penyerang tuan rumah, Jordan Mintah, ketika kekalahan 0-1 kepada Terengganu FC, sebentar tadi.

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC II (TFC II) merampas kedudukan teratas Liga Premier selepas menewaskan Sarawak United 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu dibantu gol ke-14 penjaring terbanyak, Jordan Mintah, untuk TFC II mengumpul 28 mata, dua mata mengatasi Negeri Sembilan manakala Sarawak United kekal di tangga ketiga.

Awal permainan berlangsung rancak menyaksikan tolakan Mintah hasil gerakan satu dua bersama Amirul Syazwan Nor Azmi pada minit ketujuh tepat ke arah penjaga gol lawan.

Mintah kemudian menceriakan tuan rumah hasil sepakan penalti setelah penyerang kelahiran Ghana itu dijatuhkan penjaga gol lawan, Mohd. Sharbinee Allawee, pada minit ke-19.

Pelawat meningkatkan tekanan dan hampir menyamakan kedudukan namun tandukan ketua pasukan, Taylor Regan (m-25) disusuli percubaan Christie Jayaseelan (m-44) yang berjaya diselamatkan penjaga gol.

Bersambung babak kedua, TFC II terus diasak lawan dalam usaha mengikat kedudukan dan rembatan kencang Regan dari dalam kotak penalti tinggi melepasi sasaran pada minit ke-68.

Pemain gantian, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, berpeluang menggandakan kedudukan buat TFC II pada minit ke-80 namun malangnya Sharbinee lebih bersedia menafikan sepakannya.

Hasrat Sarawak United untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata tidak kesampaian apabila percubaan leret S. Chanturu diselamatkan penjaga gol tuan rumah pada minit ke-85. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI