fbpx

Takut ditangkap, lelaki lebih sejam duduk atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki sanggup duduk lebih sejam di atas pokok ekoran tidak mahu ditahan pihak polis selepas didapati menceroboh pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di sembulan malam tadi.-Foto Ihsan Polis

KOTA KINABALU – Selepas ditangkap menceroboh pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Sembulan malam tadi, seorang lelaki sanggup duduk lebih sejam di atas pokok kerana tidak mahu ditahan pihak polis.

Bagaimanapun, lelaki berusia 32 tahun berkenaan akhirnya turun dari pokok dan menyerahkan diri kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tindakan suspek menceroboh ke pejabat kementerian terbabit disedari pengawal keselamatan sekitar pukul 9 malam.

“Sebaik disedari, suspek melarikan diri berikutan dikejar sebelum memanjat sebatang pokok yang berada di kawasan bangunan kementerian berkenaan untuk menyembunyikan diri.

“Pasukan polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati suspek masih berada di atas pokok itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang pengganggur awalnya berdegil tidak mahu menuruti arahan diberikan namun suspek akhirnya akur dan turun menyerah diri selepas lebih sejam dipujuk oleh polis dan anggota bomba.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI