PETALING JAYA- Kediaman rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘diserbu’ beberapa pemimpin parti politik malam ini susulan pengumuman penarikan sokongan dibuat UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN).
Selain beberapa pemimpin parti politik, kediaman Perdana Menteri turut dikunjungi Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun.
Difahamkan, ketibaan Idris Harun ke kediaman itu tepat pukul 8.20 malam tadi.
Selain itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee juga antara pemimpin dilihat ‘menyerbu’ kediaman Perdana Menteri.
Selain itu, beberapa wakil media turut dilihat berada di perkarangan kawasan kediaman Perdana Menteri sejak pukul 7.30 malam tadi bagi melakukan tinjauan sekiranya terdapat lebih ramai pemimpin yang hadir malam ini. -K! ONLINE