fbpx

Rugi RM3,230 ditipu pembelian kucing British Short Hair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang wanita mengalami kerugian RM3,230 selepas ditipu dalam urusan pembelian dua ekor kucing baka luar negara melalui urusniaga dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 24 tahun melihat iklan penjualan kucing baka British Short Hair di laman sosial Instagram kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

“Mangsa telah menghubungi penjual menggunakan WhatsApp dan mahu membeli dua ekor kucing baka British Short Hair dan British Long Hair masing-masing pada harga RM290 dan RM240.

“Selepas membuat pembayaran, mangsa diminta untuk membuat pembayaran lain untuk proses mendapatkan sijil kelahiran serta beberapa dokumen lain,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya mangsa telah membuat semua bayaran diminta berjumlah RM3,230 melalui empat transaksi ke akaun bank yang diberikan selain suspek berjanji akan memulangkan semula wang proses berkenaan.

Bagaimanapun, selepas mangsa membuat semua bayaran berkenaan, suspek menyalahkan mangsa kerana membuat pembayaran berjumlah RM1, 900 dalam dua transaksi menyebabkan mangsa mula curiga dengan urusan berkenaan dan meminta wangnya dikembalikan.

“Suspek memberitahu tidak boleh memulangkan wang berkenaan sehingga mangsa membuat pembayaran lagi namun wanita berkenaan enggan berbuat demikian sebaliknya tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana berasa ditipu,”ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI